Dari gambar diatas, paling TERUK pun, korang kena tahu DUA kadar ini..
- 200 kWh pertama (1 – 200 kWh) – RM21.80 sen/kWh
- 100 kWh seterusnya (201 – 300 kWh) – RM33.40 sen/kWh
Majoriti memang biasanya akan pakai antara 200-300 kWh dalam sebulan. Cuma bagi orang macam aku yang jenis membazir elektrik setiap masa, memang dah biasa terlebih sampai 400-500 kWh sebulan. Oleh sebab menggunakan elektrik secara berlebihan dan jadi satu keperluan kepada aku, jadi aku tak kesah sangat. Sebab aku masih MAMPU bayar.
Jadi, kepada yang TAK MAMPU nak bayar, jangan mengada nak guna LEBIH DARI 300 kWh dalam sebulan. Jika lebih dari itu, pasti korang akan dapat bil berjumlah RM77 dan ke atas dengan menggunakan kadar tarif yang terbaru. Dan pastinya, jumlah keseluruhan akan BERTAMBAH akibat kena surcaj RE Fund (Tenaga baru yang diperbaharui) seperti yang terpapar dalam bil elektrik korang.
Cara kira penggunaan kadar elektrik di rumah
Jadi, bagaimana nak kira?
Pastikan korang masih ingat kadar tarif elektrik terbaru yang aku tulis tadi. Dan pastikan korang juga tahu membaca meter elektrik dan pandai dalam matematik. Senang cakap, ikut step dibawah.
- Tahu kadar taraf elektrik 2014 yang terbaru.
- Kenal meter elektrik.
- Tahu baca meter elektrik. (Tengok aje dalam bil bulan lepas. Bandingkan dengan bil bulan yang terbaru.)
- Tahu tolak bacaan meter elektrik bulan lepas dan bulan terbaru. Tolakkan dan dapatkan perbezaan. Kepakaran anda dalam melakuan penolakan antara nombor-nombor sangat diperlukan ketika ini.
- Buat kira-kira seperti dalam jadual diatas.
- Kalau penggunaannya lebih dari 300 kWh sebulan atau bil korang tertera lebih dari RM77 sebulan, korang akan kena RE Fund atau sumbangan sebanyak 1.6% dari baki bayaran korang tu. Jadi, jumlah keseluruhan akan bertambah.
- Bayar bil korang dengan penuh kasih sayang.
Itu sahaja yang korang perlu tahu.
Jadi, aku masih tak terasa sangat dengan kenaikan tarif elektrik ini. Dan cuma bulan-bulan tertentu sahaja aku kena bayar lebih dari RM77. Jadi, tak rasa nak mengamuk sangat dengan kenaikan kali ini. Dan yang lebih penting, jika korang tak nak kena bayar lebih, tak nak kena surcaj/RE Fund sebanyak 1.6% itu..
SILA JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DIRUMAH ANDA.
Kesimpulan
- Jika jumlah bil elektrik korang nanti adalah sebanyak RM77 atau lebih rendah, maka (dengan jumlah penggunaan tenaga elektrik yang sama) tahun 2014 amaun tersebut akan kekal, tiada kenaikan. RE Fund sebanyak 1.6% juga tidak dikenakan.
- Dan jika bil elektrik korang tiba-tiba meningkat ke RM135.70 pada bulan Januari nanti, korang terpaksalah bayar elektrik mengikut tarif elektrik terbaru itu. Dan sudah tentu, korang kena bagi sumbangan (RE Fund) sebanyak 1.6% dan menjadikan jumlah keseluruhannya adalah lebih tinggi.
- Belajar dan ambil tahu juga tentang apa itu Feed-in Tarif dan juga Re Fund 1.6% yang ada dalam bil elektrik anda.
- Belajar cara nak jimatkan penggunaan elektrik dirumah.
- Belajar sayangkan Bumi kita. Agar kita tidak lagi kekurangan sumber tenaga untuk bekalan anak cucu kita pada masa hadapan.